Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Mandi terlalu lama bawa keburukan untuk kulit

Sebut sahaja perkataan mandi, sememangnya ia merupakan perkara yang sangat sangat wajib dilakukan. Ini kerana, dengan cara bermandi la kita dapat membersihkan diri dari segala kekotoran yang ada pada badan. Selain itu, ianya dapat memberikan 100% kesegaran pada badan.

Mandi dalam keadaan berpeluh selepas melakukan pelbagai aktiviti harian dapat membantu memberi kesegaran pada permukaan kulit. Ia terasa bagaikan satu nikmat yang sangat mengasyikkan. Mandi juga mengurangkan risiko menghadapi penyakit bawaan kuman dan bakteria.

Namun kajian Pusat Sains Genetik di Universiti Utah, Amerika Syarikat (AS) mendapati tabiat membersihkan diri secara keterlaluan boleh merosakkan mikrob sihat yang baik hidup dalam tubuh. Ini bermakna, mandi juga mempunyai limit masa yang tertentu.

Untuk pengetahuan semua, mikrob perlu dikekalkan dalam ekosistem tubuh sebagai perlindungan bagi sistem imun, pencernaan dan juga jantung.

Pakar Dermatologi dari Metairie, Louisiana AS, Dr Patricia Farris berkata, apabila umur meningkat, kelenjar minyak lebih terbuka menjadikan kelembapan kulit lebih cepat hilang.

02f16854 7174 4a4c 97b3 a877a75940af 169

Ada yang menjadikan keadaan mandi yang terlalu lama sebagai terapi untuk menghilangkan stress pada diri. Mungkin akibat keletihan menghadap kerja seharian yang banyak, hujung minggu masa diluangkan dengan mandi sebagai terapi untuk membelai diri.

Beliau menyarankan individu tidak mandi terlalu lama iaitu melebihi 10 minit agar kerosakan pada kulit dan rambut tidak berlaku.

Berikut disenaraikan antara tabiat yang perlu dikikis ketika membersihkan diri;

1. Culas gosok kaki

Saranan kepada individu melakukan aktiviti menggosok badan termasuk membersihkan dan mengeringkan kaki setiap hari.

Gunakan sabun lembut dan perlu membasuh di celah ibu jari. Tabiat ini membantu mengurangkan bau kaki selain merendahkan risiko jangkitan kulat.

2. Letak span basah di dalam bilik air

Menurut pakar dermatologi antarabangsa tabiat meninggalkan span basah di dalam bilik air boleh menggalakkan pembiakan bakteria yang terus hidup di sel kulit mati yang ada pada span berkenaan.

Kulit mati adalah makanan bakteria apatah lagi dengan suhu lembap meningkatkan kadar pembiakannya. Sebaik-baiknya gantung dan keringkan bagi mencegah jangkitan bakteria.

3. Lap kulit dengan tuala kasar

Mengesat badan dengan tuala yang kasar boleh menjejaskan tekstur kulit yang lembut dan menyebabkan pengelupasan. Cara terbaik mengelap badan dengan lembut menggunakan tuala yang gebu.

4. Terlalu kerap guna sabun dan syampu

Tidak sah mandi kalau tidak meratakan sabun ke seluruh badan. Tidak puas juga rasanya jika tidak mencuci rambut dengan syampu kegemaran. Namun sedarkah anda mandi terlalu kerap dan lama boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapannya, apatah lagi jika mandi air suam. Inilah sebabnya juga, kebanyakan portal kesihatan menyarankan penggunaan mandian bersifat organik dan kurang buih.

Walaupun ada orang mencuci rambut setiap hari, ramai pakar penjagaan kecantikan menyarankan supaya hadkan kepada dua kali seminggu bagi mengekalkan pengeluaran minyak semula jadi yang dapat mengembalikan kelembapan kulit.

5. Elak mandi air sejuk

Mandi air panas membantu menenangkan diri. Namun sentuhan air sejuk tidak boleh dinafikan sebagai terapi yang baik bagi tubuh.

Dalam satu kajian mendapati siraman air sejuk pada bilasan akhir yang dikenakan selama 30 saat pada tubuh membantu memperbaiki toleransi terhadap stres, menguatkan sistem imun, meningkatkan pembakaran lemak dan ada kesan antikemurungan.

towel

6. Kerap bungkus rambut

Meskipun tiada kajian merekodkan tabiat membungkus rambut dengan tuala boleh menyebabkan botak, tetapi ia mengakibatkan tekanan dan kerosakan pada akar rambut. Memadai mengelap lembut rambut selain membelai hujung rambut. Kemudian dibiarkan kering dengan semula jadi...