Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Risiko Anemia ketika hamil

Apabila seseorang wanita disahkan hamil, perkara pertama yang sangat dirisaukan ialah Anemia. Anemia sememangnya sering terjadi dikebanyakkan wanita hamil. Ini kerana, anemia dikaitkan dengan masalah kekurangan sel darah merah.

Ramai yang ketahui, Anemia adalah masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin. Kekurangan hemoglobin bawah aras normal menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan mengakibatkan penghidapnya berasa lemah.

Ibu hamil mudah merasa lemah kerana perlu menyalurkan segala keperluan dengan baik kepada kandungannya. Sekiranya anemia tidak diatasi dengan sebaiknya, pelbagai risiko besar boleh berlaku terhadap ibu dan anak yang dikandung.

Apabila ibu ibu mengandung telah berada di dalam masalah Anemia, adalah digalakkan untuk mengambil sayuran hijau didalam setiap pemakanan dikatakan membantu dalam penambahan zat besi untuk badan. Selain itu, perlu memakan buah buahan yang bersesuaian supaya anemia dapat diatasi sedikit demi sedikit.

Golongan Wanita, kanak-kanak dan penghidap penyakit kronik sangat berisiko tinggi mendapat anemia. Masalah kekurangan darah ini juga boleh diwarisi dan bayi mungkin mendapatnya ketika dilahirkan. Warga emas juga berisiko tinggi mendapat anemia kerana kekurangan zat makanan dan masalah kesihatan.

Selain itu juga, wanita yang dalam tempoh subur juga terdedah kepada anemia akibat kekurangan zat besi disebabkan kehilangan darah akibat haid, selain peningkatan permintaan bekalan darah ketika mengandung.

5e583135e192b8bd2cb309c9843432e9

Terdapat lebih 400 anemia yang dibahagikan kepada tiga punca iaitu akibat kehilangan darah, kekurangan pengeluaran sel darah merah dan kemusnahan sel darah merah. Anemia terjadi akibat daripada kekurangan zat besi adalah jenis yang paling kerap berlaku dan ia juga mudah dirawat menerusi perubahan diet dan pengambilan suplemen zat besi.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai anemia yang disebabkan kekurangan zat besi, syarikat farmasi dan penjagaan kesihatan global, Merck menganjurkan kempen yang menekankan risiko anemia lebih tinggi dalam kalangan wanita hamil.

Kempen kesedaran anemia Merck yang terbaru ini bersempena Kongres Dunia Kolej Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Diraja (RCOG) 2018 yang diadakan di Singapura, baru-baru ini. Acara berkenaan menghimpunkan lebih 3,000 pakar perbidanan dan pakar sakit puan dari seluruh dunia.

Penganjuran kempen ini bertepatan dengan penerbitan kajian penting dalam The Lancet Global Health yang menyatakan bahawa anemia adalah masalah kekurangan sel darah merah yang boleh menggandakan risiko kematian wanita mengandung.

Penyelidikan berkenaan yang menggunakan maklumat daripada lebih 300,000 wanita di 29 negara dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati wanita mengandung dengan anemia teruk mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk mati sewaktu atau selepas melahirkan anak berbanding mereka yang tidak menghidap anemia.

Tahun lalu, Merck menerajui Konvensyen Anemia sebagai platform untuk berkongsi kepakaran, bertukar pandangan dan berbincang mengenai impak kekurangan zat besi serta kekurangan zat besi dalam anemia kepada kualiti hidup dan trend bekalan tambahan zat besi dalam konteks anemia.

Dalam konvensyen itu, didapati Prevalens Serantau Anemia WHO Untuk Wanita Hamil dari umur 15 hingga 49 tahun di Asia Tenggara mencatat 48.7 peratus yang memberi kesan kepada 11.5 juta orang. Secara global, 41.8 peratus wanita hamil dengan anemia yang mana hampir 60 peratus daripada mereka berkaitan dengan kekurangan zat besi.

Dalam kongres kali ini, Merck menganjurkan simposium pendidikan saintifik Anemia Ketika Kehamilan: Kebenaran, Mitos dan Yang Tidak Diketahui diketuai oleh Pakar Hematologi Pusat Perubatan Monash, Australia, Dr Michael Low dan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Srinivas Priva, India, Dr Rajapriya Ayyapan.

Menurut Dr Low, penggantian zat besi boleh memberi manfaat kepada wanita sebelum dan selepas kehamilan dengan meringkaskan kesan penggantian zat besi harian oral dalam kalangan wanita yang tidak hamil menunjukkan pemulihan kepada kadar hemoglobin dan feritin hingga membawa kepada peningkatan keseluruhan dalam anemia kekurangan zat besi.

“Kesan baik ini dikaitkan dengan penurunan ketara kepada skor keletihan melampau, peningkatan prestasi senaman dan penambahbaikan kepada sindrom kaki resah walaupun suplemen zat besi boleh menyebabkan peningkatan kesan sampingan gastrousus seperti sembelit, cirit-birit dan warna najis berubah.

“Penggantian zat besi pada kehamilan, terutama bagi mereka yang kekurangan zat besi juga dapat mengurangkan kelahiran pramatang dan meningkatkan berat bayi ketika lahir. Bukti baru juga menunjukkan bahawa suplemen dengan nutrien mikro yang pelbagai mungkin lebih baik daripada zat besi saja,” katanya.

Katanya, WHO mengesyorkan suplemen zat besi harian kepada wanita dewasa dan gadis remaja dengan pengambilan harian tablet berunsur zat besi sebanyak 30 hingga 60 miligram (mg) selama tiga bulan berturut-turut dalam setahun. Suplemen zat besi ini akan membantu mencegah berlakunya kekurangan zat besi dan anemia.

Sementara itu, Dr Rajapriya berkata, wujud kebimbangan kesihatan global dengan penemuan WHO yang mendapati 32.4 juta wanita hamil yang mengalami anemia. Selain itu, kira-kira separuh kematian akibat anemia di dunia berlaku di negara Asia Selatan.

“Situasi ini kekal menjadi cabaran kepada semua peringkat umur yang didorong oleh status sosioekonomi rendah, pemakanan kurang baik dan kesamaan yang tinggi iaitu bilangan kehamilan mencapai umur kehamilan matang.

“Malah, jarak kelahiran, diet yang bermasalah, penyakit berjangkit seperti malaria dan cacing serta penyakit keradangan memburukkan lagi keadaan,” katanya.